Monday, February 27, 2017

KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI (WAJIB 1)

Tarikh: 27 Februari 2017-28 Februari 2017
Masa   : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur, Kompleks Inkubator, Indera Mahkota 14

Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi Zon Timur telah dihadiri oleh dua orang Anggota Lembaga Koperasi (ALK). Antara pengisian kursus adalah seperti berikut:

(a) Latar Belakang dan Kefahaman Koperasi
(b) Perundangan Koperasi di Malaysia dan Aplikasi
(c) Peranan dan Tanggungjawab ALK
(d) Tadbir Urus Koperasi






Secara keseluruhannya, kursus ini berjaya memberi informasi berguna kepada para peserta. Terima kasih kepada fasilitator kursus, iaitu Cik Norhazilina Abdul Halim dan En Muhamad Yusof atas penyampaian yang menarik dan bermanfaat sepanjang dua hari ini.

Wednesday, January 11, 2017

Pendaftaran Murid Tahun 1 2017

Tarikh : 3 Januari 2017
Masa   : 8.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Koperasi Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan Berhad

Pendaftaran bagi murid-murid tahun 1 telah berlangsung dengan lancarnya pada 3 Januari 2017. Murid-murid telah mendaftarkan diri sebagai ahli koperasi dan mendapatkan keperluan sekolah mereka di koperasi.












Sunday, December 25, 2016

PERKHIDMATAN KAMI

Koperasi Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan Berhad menyediakan pelbagai perkhidmatan dan jualan kepada warga sekolah. Ini termasuklah jualan barangan keperluan harian, makanan serta alat tulis.







LAWATAN PENANDA ARAS

TARIKH: 6 MAC 2016
MASA: 11.00 PAGI
TEMPAT: KOPERASI SMK KOTA BERHAD

Lawatan Penanda Aras ke Koperasi SMK Kota Berhad telah disertai oleh lapan orang Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Guru. Lawatan ini berjaya memberi idea kepada para ALK untuk mengembangkan perkhidmatan Koperasi Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan Berhad.








MESYUARAT AGUNG KOPERASI SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL KUANTAN BERHAD

TARIKH: 25 NOVEMBER 2016
MASA: 8.00 PAGI-9.00 PAGI
TEMPAT: DEWAN IBNU AL-AWWAM


Mesyuarat Agung Koperasi Sekolah Menengah Pendidikan Khas telah berjaya dilaksanakan pada hari terakhir persekolahan 2016. Berikut merupakan gambar-gambar berlangsungnya mesyuarat agung tersebut:







KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI WAJIB 1

Tarikh: 18 Oktober 2016-19 Oktober 2016
Tempat: Emaslink Pacific Hotel, Kota Bharu


Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi Wajib 1 telah disertai oleh dua orang ALK. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada tadbir urus koperasi bermula daripada cara penubuhan koperasi, undang-undang koperasi serta susun tadbir pengurusan koperasi.


AKTIVITI KOOP 2016